Inspirasi

Kerap kali kita diperdengar pepatah arab yang berbunyi;

“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.”

Tetapi sejauh manakah manusia mengambil iktibar dari pepatah ini? Bibir lancar menutur kata, tetapi tidak semudah itu anggota mampu dikerah untuk bekerja bersama.

Ingin saya lontarkan secebis kata hati;

“Hidup penuh harta tetapi sifar kasih sayang, ibarat belayar dengan perahu bocor kemudian akhirnya hilang ditelan ombak.”

Sesungguhnya pelajar yang menuntut ilmu semata-mata kerana inginkan hidup yang mewah bukan suatu matlamat yang tepat. Kerana ilmu yang diguna semata-mata untuk mencari wang kelak mampu menjadi racun dalam hidup.

Saya mempunyai impian untuk melahirkan pelajar yang berilmu kerana ingin mengenal Pencipta. Semakin dalam ilmu yang digali, semakin tinggi keinginannya untuk mendekati Yang Maha Esa. Bukan kemewahan hidup yang dicari, tetapi keindahan di alam sana yang dinanti.

Tuntutlah ilmu kerana DIA, bukan kerana dunia. Makin mewah hidup di dunia, membuat diri makin tunduk pada Pencipta.

Sukar, namun ia mampu dikecapi. Selagi mana niat di hati hanya untuk DIA, pasti akan ada jalan yang DIA tunjukkan pada kita.

ALWAYS TRUST HIM.

“PENDIDIKAN ITU SEHARUSNYA MEMANUSIAKAN MANUSIA”

Apabila saya melihat bait kata di atas, terlintas di benak fikiran ini bagaimanakah pendidikan itu dapat memanusiakan manusia? Terfikir juga bahawa siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini agar dapat melahirkan manusia yang benar-benar memiliki nilai-nilai kemanusiaan?

Jika dilihat definisi ‘pendidikan’ berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-empat, pendidikan itu sendiri adalah merupakan segala perihal  atau perbuatan mendidik, mengajar serta memberikan ilmu sama ada melibatkan perkara positif atau pun negatif. Selagi mana melibatkan fungsi pengajaran, maka dikatakan perkara tersebut termasuk dalam makna pendidikan.

Moga menjadi manfaat kepada semua!

Advertisements

Belajarlah daripada pengalaman

Benar kata orang, pengalaman lalu mampu menjadi guru kepada diri kita. Tapi bagaimana? Bergantung pada penilaian dari mata hati.

Jika hati kita bersih, maka penilaian kita sudah tentu mengambil kira segala segi yang mendatangkan redha dari Pencipta. Tetapi jika hati kita kotor, maka sudah tentu penilaian yang terhasil adalah sokongan daripada bisikan syaitan dan iblis.

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

Jika dulu kita pernah hadapi susahnya hidup, maka hidup kita kini lebih menghargai dan mensyukuri nikmat kesenangan yang ada.

Jika dulu kita pernah merasa kesedihan yang teramat, maka setiap saat yang berlalu tika ini pasti menjadi saat bahagia dalam lukisan hidup akan datang.

Jika satu ketika dahulu kita pernah merasai sakitnya kekecewaan, maka pasti setiap tindak tanduk kita hari ini tidak akan melukai hati insan lain agar mereka juga tidak akan merasai kekecewaan seperti kita dulu.

Itulah pengalaman.

Setiap apa yang berlaku ke atas setiap insan telah pun ditakdirkan oleh Yang Maha Esa. Segalanya terselit hikmah yang sangat indah. Cuma kita yang perlu yakin dan sabar dalam setiap langkah.

Belajarlah dari pengalaman. Ambillah segala hikmah yang tersirat. Simpanlah segala luka yang pernah terpahat, kerna luka itu mampu menjadi kekuatan di hari esok.

Sentiasa bersangka baik pada Pencipta. Hati akan sentiasa tenang.

Didik Dengan HATI, Maka Akan Sampai ke HATI

Secebis kata hati untuk dibicara….

Guru bukan sekadar mendidik, tapi sebagai pembimbing.

Guru bukan sekadar memberi ilmu, tetapi menjadi jambatan kepada ilmu.

Guru mampu menjadi ibu, mampu menjadi bapa, mampu menjadi guru kepada insan yang masih tidak mengenal dunia.

Andai telah terniat ingin menjadi guru hanya kerana gajinya, lupakanlah.

Andai terdetik menjadi guru kerana bilangan cutinya, kerjaya lain pun ada cutinya.

Andai benar ingin menjadi guru kerana pahala di akhirat sana, teruskanlah.

Didik anak-anak kita mengenal Penciptanya.

Didik anak-anak kita tentang kewajipan sebagai khalifah di muka bumi-NYA.

Didiklah insan kecil itu sebaik mungkin agar dia mampu membantu kita di ‘alam’ sana kelak.

Didiklah dengan hati yang ikhlas, kerana pasti ilmu itu sampai terus ke hati mereka. InsyaAllah.

‘Hadiah’

Siapa sangka, pemberian yang kecil mampu memberi impak yang sangat bermakna ke dalam hidup seseorang.

Semakin banyak kita beri, semakin besar ganjarannya. Jika bukan pada waktu sekarang, kelak tetap ada cuma dalam bentuk dan keadaan yang berbeza.

Moga bermanfaat.